Disebabkan tidak adanya kekretipan diri & tidak ada sebarang software Photoshop (konon² nak tunjuk bakat yang terendam laa), ditambah dengan masa yang terhad… Nah la kad raya segera dari Tokeikedai.net… Mudah je zaman moden ni…. hahahaha…

Izinkan aku menghulur 20 jari tangan & kaki untuk memohon seribu kemaafan (mayb lebey lagi kot?) atas keterlanjuran kata, terkasar budi bicara, kelakuan yang melampau terlampau yang mungkin tak disengajakan mahupun sengaja mengada² (oppss! hehe)… Yang ter-makan, ter-minom, ter-hutang piutang tu mintak HALAL bleh? hah, tak bleh?? Ok yang tak bleh sila la msg, email ataupun tinggalkan komen tak pun tag je kat warong kopi mintak dibayo balik segala yang aku ter ter tu…. Ok?

Maaf gak kepada sume sebab tak sempat nak anto sebarang KAD RAYA realiti tradisi melayu lama… Hanya Kad raya digital (tu pun cilok huhu) sebagai pengganti diri… Jadi la ek daripada takde langsung tu… hahahahaha…

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
~alalalaa~